Sabtu, 28 Disember 2013 • 7:42 PG • 0 Sweet hearts Manusia - Eh, dah subuh dah? Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu Syaitan - Alahhhhhh, sekejaplah, mengantuk ni...awal lagi ni..zzZZz Manusia - Nak makan, laparlah .. Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah.... Syaitan - Ahh, tak payahlah... dah lapar ni ! makan saja..sedapnya Manusia - Hari ni nak pakai apa ye? Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat. Syaitan - Ehh, panaslah, tak ada style langsung, nampak kampung! Manusia - Alamak, dah lewat! Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat. Syaitan - Ahhh? awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X punchkanlah? Manusia - Azan sudah kedengaran.. .. Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni. Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa.. Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui ! Syaitan - Perggghh... best tu...rugi ooo kalau tak tengok ni. Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia.. Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantak dia lah Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihati lah sesama kamu.. Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2...pandai2 lah Manusia - Aku telah berdosa.. Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun. Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... muda lagi kan..lagipun hidup hanya sekali..rugilah..(kalau sempatla) Manusia - Kalau pergi, mesti seronok! Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu. Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh ! Manusia – Uuhhh..letihnya harini..tak solat lagi ni. Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu. Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat untukmu nanti ada juga (jangan mimpilah!) Sekarang anda mempunyai 3 pilihan : 1. Anda – Patut ke aku biarkan article ini tetap di sini saja?? 2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal..sebarkan lah ! 3. Syaitan - Tak payahlah sibuk2 ..biar je disini..kalau, boleh delete je..bukan mereka nak baca pon.
|
|